Quantcast
Channel: Dihujung Pen
Viewing all 292 articles
Browse latest View live

Kekurangan Bukan Alasan

$
0
0
Kekurangan Bukan Alasan

Semua bergantung kepada diri kita sendiri......
Kisah 2 insan yang menjadi inspirasi diri ini.....

Kisahnya .....
Seorang cacat penglihatan manakala seorang lagi dilahirkan sebagai kerdil, tetapi kedua-duanya saling melengkapi apabila mengayuh basikal roda tiga sejauh 20 kilometer (km) setiap hari untuk mencari rezeki.
Kaedah digunakan mereka ialah si kerdil menjadi pengemudi manakala yang cacat penglihatan mengayuh serta menjaga brek basikal yang sudah diubah suai dengan roda tambahan. 
Walaupun pelik, itu rutin pasangan Mohamad Yusoff, 65, dan adik iparnya Hasnah Ngah, 56, untuk mencari sesuap nasi untuk menyara kehidupan mereka. 
Walaupun pernah beberapa kali terjatuh ke dalam parit, gara-gara arahan Hasnah yang gagal difahami Mohamad kedua-duanya tetap komited berniaga dan tidak menjadikan insiden itu sebagai halangan.
Ini kerana mereka yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) tidak mahu menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk terperuk di rumah dan mengharapkan bantuan semata-mata.
" Ya Allah....Aku bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada ku........ "




Cikgu Gurau tak bertempat

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Dah baca surat khabar Harian Metro Ahad hari ini......

"Gurau tak bertempat"

Penyebab PokCIk beli paper hari ini........ikutkan PokCik memang tak suka beli Surat khabar.....PokCik lebih suka melihat dan membaca secara online sahaja. Namun kerana satu tajuk ini menyebabkan PokCIk mengeluarkan RM 2 untuk membelinya....

Bila dibaca memang ada benarnya....memang tepat Topiknya...
whatever tak tahu nak komen apa-apa.....apa yang diketengahkan memang ada kebenarannya dan pekara ini memang berlaku........

Tepuk dada tanya diri kita sendiri.....
Bukan mudah untuk mendidik ini......
macam-macam pantang larangnya.......

Cikgu Gurau tak bertempat

Jadi Mekanik Pulak

$
0
0

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

Sejak beberapa minggu ini salur minyak motor PokCik selalu tercabut...mula-mula ingat ada yang mencuri....namun bila ianya kerap sangat berlaku PokCik andaikan bahawa ianya memang masalah teknikal pada motor...

Mula-mula terjadi PokCik hantar kedai motor...pasang balik tiub minyak tu saja dah kena RM5.00..second kali Dan seterusnya kena PokCik buka Dan pasang sendiri..berpeluh buka Dan pasang semula. Benda bukan susah nak buat pun..

Yang peliknya setiap kali kena,minyaknya mesti penuh...bila minyak keluar mesti Tinggal sikit...sampai takuk merah...ruginya jangan cakap la..tak sampai sebulan banyak kali jadi,kiralah 5 kali..PokCik isi minyak biasanya RM 6...berapa dah kena....tak ke rugi....

So hari ini Pokcik nak buat eksperimen pasang klip di tiub minyak....nak tengok jadi lagi tak..juga eksperimen memasang lampu motor sendiri....
Cara, mudah, membaiki, kerosakan, pada, motor, sendiri,
Mentol dan klip Rm 3.50,spanar Rm 4.50
Aktiviti membuka set motor bermula dengan mudah

Set Yamaha ego mudah dibuka kerana hanya ada beberapa skru dan setnya berklip sahaja
Set Yamaha ego mudah dibuka kerana hanya ada beberapa skru dan setnya berklip sahaja
Tiub minyak 1 yang akan diletak klip
Tiub minyak 1 yang akan diletak klip

Tiub minyak ke 2 yang akan diletak klip
Tiub minyak ke 2 yang akan diletak klip

Update :
Bahagian dalam setelah dibuka cover set
Kedudukan klip yang nak dipasang












Bocor lagi.....

$
0
0
Apa dah jadi ni..
Apa yang bocor lagi ni...
Tempat lain pulak tercabutnya..
Semak pale dah ni..
soalan Bocor,tiub bocor
Tang ni dah ok
Tang ni pulak tercabut..tang filter tu...

Islam apakah ini?

$
0
0
Statusnya dilaman sosial

Apabila dia memberi komen
Apa cerita ni bro...
Jangan hipokrit la....
Status tak serupa komen la...

Betul-betul buat malu la....
Al-quran dan dalam sunnah tak ajar benda ini pun....
Kerja tahap profesional...gaji beribu...status penuh ngan nilai islam....tak kan benda mudah tak leh pikir...

Inilah situasi sebenar dunia laman sosial sekarang...menjadi arena mengenal manusia yang hipokrit...bertopengkan agama...bermulut gah...hakikatnya....kita sendiri yang tahu....




Soalan Sains DST Tahun 1 2014

$
0
0
Inilah adalah soalan sains DST untuk dikongsikan bersama-sama


Majalah 2014

$
0
0
Sudah tiba masa yang ditunggu...
Segala idea dan keringat akan ditumpahkan kepada majalah Tahun ini....

Langkah Pertama

Memikirkan tema Majalah tahun ini - SANTAI

Langkah ke dua 

Mencari bahan perasa yang bersesuaian, masa untuk mendownload bahan di web....

Setakat malam ini......
ada lah lebih kurang 26 jenis vector....kenapa Vector...nanti Pokcik cerita yer....
masa yang PokCIk rancang untuk mendownload dan mencari bahan perasa ini dijangka mengambil masa 3 ke 4 hari....

nampak senang....tapi hakikatnya Tuhan saja yang tahu...
tak apa...slow-slow demi anak murid yang disayangi.....

Kita Malas......

$
0
0
Topik yang hangat......


Lihat kanan...lihat kiri....lihat belakang....lihat depan......kita akan nampak kebenarannya akan pekara ini.....

PokCIk sendiri pernah bercakap akan isu pekerjaan ini dengan beberapa rakan bukan warga negara....Mereka menyatakan Malaysia Syurga Duit sebab peluang banyak disini dan mudah nak dapatkan wang.....Cuma perlu usaha dan rajin sahaja....bayangkan lah.....

Kisah benar seorang tukang sapu......Di Malaysia dia tukang sapu....Di indonesia dia mempunyai rumah banglo....kereta 3 biji...ada perniagaan sendiri...anak-anaknya belajar di luar negara.....PokCIk tanya...kenapa tak balik sana....kan dah senang.....Satu ayat ajer dia......Malaysia syurga duit....janji rajin usaha kita dapat...yang penting Malaysia mengajarnya erti kesyukuran kepada yang Maha Esa.....dan dia mengiyakan satu pekara.....Rakyat Malaysia ramai yang suka memilih....tapi bab yang tak memilih adalah bab berbelanja.....ini adalah peluang.......

Wallahhualam.......

p/s: lama tak berbloging....sebabnya....nantilah POkCik Cerita.....


Salam Tahun 2015

$
0
0


Assalammualikum.....
Salam Sejahtera......Salam 1 Malaysia.....
Rasanya masih belum terlabat untuk PokCik mengucapkan Selamat Menempuh Tahun 2015....
Seperti yang semua tahun 2014 telah berlalu dengan pelbagai dugaan dan cabaran pada rakyat Malaysia....Begitulah dengan PokCik sendiri....Pelbagai rintangan dan cabaran yang telah memberikan PokCik pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna untuk meneruskan kehidupan dengan izin daripada NYA yang Maha Kuasa.....Alhamdulilah.....

PokCik tak mahu bercerita tentang semua isu yang telah berlaku disepanjang tahun 2014 kerana semua dah tahu......
Yang pastinya adalah satu.....setiap Yang Berlaku ada Hikmahnya.....Ada Sebabnya.....semuanya adalah untuk kita sedari bahawa betapa kerdilnya kita sebagai insan di muka bumi ini.....

Blog ini pun tahun lepas tak banyak diupdate....semuanya kerana kekurangan dan kelemahan dari diri PokCik sendiri.....

tahun 2015 ini Pokcik boleh melepaskan nafas lega kerana rasanya tanggungjawab PokCik agak kurang dan boleh menumpukan pada tugasan hakiki sahaja......Alhamdulilah.....

Walau apa pun PokCik amat berharap pada tahun ini PokCik dapat memperbaiki segala kelemahan dan kesalahan yang pernah pokcik lakukan pada tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya....

Selamat Menempuh Tahun 2015.......
Semoga Allah mempermudahkan segalanya pada tahun 2015 ini dan pada tahun-tahun akan datang....
Ya Allah sesungguhnya padaMu aku sembah dan Hanya PadaMu aku berserah....

2015, pendidikan, Dunia Pendidikan, luahanku
Amin ya obbal Al lamin.....

REKA BENTUK PENYELIDIKAN

$
0
0
Jenis rekabentuk penyelidikan boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :


REKA BENTUK PENYELIDIKAN

REKA BENTUK PENYELIDIKAN


Masalah Printer Epson "A printer's ink pad is at the end of its service life. Please contact Epson Support"

$
0
0
Malam ini printer Pokcik tetiba ada timbul masalah

"A printer's ink pad is at the end of its service life. Please contact Epson Support"
"A printer's ink pad is at the end of its service life. Please contact Epson Support"

Setelah bertanya kepada En.Google PokCIk jumpa pun cara penyelesaiannya.

hanya dengan menggunakan software resetter epson L210 
Langkah-langkahnya adalah :

Pertama

Kedua

Ketiga


keempat

Kelima

Setelah itu FINISH...maka dengan itu printer ini telah boleh digunakan semula.

Link Untuk Download ----->  KLIK SINI



Kredit For : Blog PCC












Menjelang UPSR 2015

$
0
0
menjelang UPSR, upsr 2015, keputusan UPSR 2015, soalan UPSR 2015

Assalammualikum....

Dok termenung memikirkan keputusan bebudak menjelang UPSR 2015 yang tinggal tak berapa hari lagi ini.......

Segala usaha dan keringat jenuh dikeluarkan.Segala teknik dan cara telah dibuat...
Tak tahu macam mana nak buat lagi.

Dok termenung sahaja melihat angka-angka ini...

Untuk makluman ini adalah keputusan dari kelas belakang. Pokcik memang pening sekarang ini....

Operasi Menjelang UPSR 2015

$
0
0
Nah amik kau......
Sapa suruh conteng meja tu.....
Sekarang cuci semula bagi bersih seperti yang asal......
Inilah aktiviti menjelang UPSR minggu hadapan.........
Soalan upsr,upsr,upsr 2015,soalan upsr 2015

Upsr,upsr 2015,koleksi soalan, upsr update,peperiksaan,bocor,


Inilah akibat tak ada penyakit sengaja cari penyakit......

AsasUntuk Menghasilkan Sebuah Majalah Sekolah (Bahagian 2)

$
0
0
Entri ini adalah merupakan sambungan dari entri PokCik yang pertama dulu Klik Sini
Bahagian ke 2 ini Pokcik nak tunjukkan sedikit asas mudah didalam penggunaan Adobe Indesign didalam penghasilan Majalah sekolah PokciK.

PokcIk menggunakan tapak yang PokCik dah siapkan awal awal lagi.

Langkah Pertama:

Kenal dahulu bahagian asas Tool didalam Adobe Indesign

>>>Bahagian ini paling banyak digunakan didalam kerja-kerja mereka letak bahan didalam sesuatu majalah<<<

1. PAGE

2. LAYER

3 dan 4. TEXT DAN RANGTANGLE FRAME ( LETAK GAMBAR)

5 dan 6. EDITING UNTUK UNDO

7. EDITING JENIS TEXT 






8 dan 9. SELECTION TOOL DAN DIRECT SELECTION TOOL





KEGUNAAN 

1. Page = Digunakan untuk melihat hasil keseluruhan susun atur majalah

2.Layer = Merupakan ruang kerja yang digunakan untuk segala jenis editing mengikut page

3.Text = Digunakan untuk meletakkan segala jenis tulisan didalam layer

4.Rectangle Frame = Digunakan untuk membuat tapak gambar atau bahan didalam layer

5+6..Edit + undo = Untuk undo kalau tidak mahu delete (CTRL+Z)

7. Text = function ini automatik keluar di tab atas apabila tool text digunakan. Khas untuk adjust             segala jenis fuction tulisan (kegunaan seperti Microsoft Word)

8. Selection Tool = digunakan untuk klik dan adjust saiz Rectangle Frame (tapak gambar)


9. Direct Selection Tool = Digunakan untuk klik gambar yang terdapat didalam Rectangle Frame (berfungsi untuk adjust gambar didalam frame)

Langkah ke 2

Kenal shortcut Key yang paling banyak digunakan bagi menyenangkan kerja-kerja Editing

1. ctrl + D = khas untuk letak gambar atau replace (ganti) gambar
2. ctrl+Z = khas untuk undo ( kalau malas select mana yang dipadam dan tekan delete )
3. ctrl+ (+/-) = untuk besar dan kecilkan ruang kerja.
4. tool (Selection Tool) kemudian tekan huruf W = untuk ruangan melihat semua Rectangle Frame      (rupa tapak kerja) dan (rupa sebenar majalah)
5. Cara untuk lihat hasil sebenar majalah apabila di cetak

Bahagian Pertama = KLIK SINI

Aktiviti Cuti Sekolah

$
0
0
Aktiviti di awal percutian sekolah...
Ingat tak mahu buat....tapi kerana mereka pokcik layankan juga....

Murid tahun 6 lawan pasukan elite sekolah 2015/ 2016....

Keputusanya pasukan elite (7),pasukan tahun 6 (1)










Kerja Waktu Cuti

$
0
0
Inilah kerja Pokcik setiap kali cuti.....
Sabtu or cuti sekolah mesti buat benda ini.....











Pokcik dah buat program ini sejak dari awal tahun lagi.....
Kesannya memang nampak la.....puas hati lah.....stamina dan cara berfikir pun dah banyak meningkat......
Biarpun sejarah 5 tahun lalu berulang pada tahun ini.....dibelasah teruk dalam kejohanan pertama.....8-0, 7-0.......tapi tak apalah pengalaman pertama bagi 80% ahli pasukan ini........

Hakikatnya.....latihan bola bukan senang walaupun budak dah main dikelab luar.....setakat 1 ke 2 orang yang pandai main tak bagi kesan pun pada yang lain.....semestinya keseluruhan pemain kena tahu basic dan asas bolaa sepak......pelbagai rintangan,cemuhan,kutukan dari orang lain didengari.....tapi buat pekak udah...hinggakan ada juga dikalangan komuniti sendiri menjadi duri dalam daging.......thats ok...semuanya demi minat tak apa.......

Bola adalah punca kemajuan segala sukan di tempat pokcik...

Dulu pendiam.....sekarang banyak cakap....
Dulu sepak meraban....sekarang banyak kemajuan......
Dulu lari tanpa haluan...kini tahu mana yang sepatutnya......
Inilah hasilnya apabila korbankan sikit masa demi mereka yang memerlukan.......

Panduan Atasi Jerebu

$
0
0
Jerebu.....
Sekarang musim jerebu pula...dah 2 kali tahu ini......
mula-mula musim panas.....air tak ada
kemudia musim hujan....air berlebihan sampai banjir...
kemudian musim jerebu...tak boleh bernafas.....
kemudian cuaca baik pula.....tapi air pula kurang walaupun ada hujan....
sekarang musim jerebu datang menyerang lagi.......lagi teruk rasanya...sampai sekolah terpaksa ditutup....
Kesian pada kanak-kanak,warga emas dan juga pengidap penyakit asma........hospital memang sentiasa penuh......Doktor,nurse kena kerja lebih masa....Terima kasih kepada mereka yang bertugas,,,,,tidak lupa juga kepada pihak yang berusaha membuat hujan tiruan....

PokCIk nak kongsikan sikit tips-tips semasa jerebu ini....

sekolah tutup,cikgu cuti
sekolah tutup,cikgu cuti
sekolah tutup,cikgu cuti

Gegar Vaganza 2015

$
0
0
Gegar vaganza


Gegar Vaganza musim ke 2 muncul kembali. Satu rancangan realiti yang ditunggu tunggu. Rancangan yang di pengacarakan oleh pelawak negara Nabil Ahmad dan jihan muse.

Senarai perserta tahun 2015 ini adalah :

  1. Zul Handy Black
  2. Acong Sweetchild
  3. Nizam Laksamana
  4. Amir U’kays
  5. Ezad Lazim (Exist)
  6. Nassier Wahab
  7. Ezlynn
  8. Faradhiya
  9. Siti Nordiana 
  10. Haiza
  11. Sheeda
  12. Azian Mazwan Safwan
Penajanya seperti biasa adalah Vida Beauty Qu Puteh...ku putih ku putih barulah putih...hahahaha....

Jurinya seperti biasa jugak Dato Ramli Ms dan Dato Khadijah

Masalah Error Application (0xc000005) window 7

$
0
0

Anda hadapi masalah Error Application (0x0xc000005) pada window 7.
Apabila hadapi masalah ini semua aplication tak boleh dibuka dan akan mengeluarkan massage yang tertera pada gambar diatas.
Komputer Pokcik pun hadapi masalah yang sama. Setelah bertanya kepada mr google masalah diatas dapat diselesaikan. Dan disini PokCik akan berkongsikan cara untuk mengatasinya.

Langkah-langkah :

1. Wajib matikan/offkan window update secara automatik.


2. Pergi ke update history


3. Klik kanan dan uninstall semua update terbaru anda. Kemudian restart komputer anda. Insyaallah komputer anda akan kembali normal seperti sediakala.



Flip Book

$
0
0
Har ini PokCik Try buat FlipBook..
Nah Hasilnya...

Masalah flip book menggunakan akaun blogger adalah ia lambat untuk loading kali pertama semasa membuka halaman flip blog ini. Next time kita cuba pulak guna third party server pulak.

Kedua-dua flip yang ditunjukkan adalah merupakan hasil kerja pokcik didalam membuat Photobook dan majalah sekolah 2014
Viewing all 292 articles
Browse latest View live