Soalan Ulangkaji....
1. Apakah yang dimaksudkan dengan unit motor?
A. Unit yang mengawal penguncupan otot.
B. Unit yang terdiri daripada otot, tulang dan ligamen.
C. Unit yang terdiri daripada susunan filamen aktin dan miosin.
D. Unit yang terdiri daripada satu unit neuron motor dan serat-serat otot yang disarafinya.
2. Apakah aras paling rendah dalam organisasi struktur manusia?
A. Sel.
B. Tisu.
C. Kimia.
D. Organ.
3. Di manakah kedudukan fulkrum dan rintangan pada tuas kelas kedua?
A. Daya berada di antara fulkrum dan rintangan.
B. Fulkrum berada di antara daya dan rintangan.
C. Fulkrum berada di antara rintangan dan daya.
D. Rintangan berada di antara fulkrum dan daya.
4. Apakah fungsi neuron?
A. Membawa impuls.
B. Membantu menghantar impuls.
C. Menyimpan lebihan lemak tubuh.
D. Membekal nutrien kepada neuroglia.
5. Sel yang manakah di antara berikut tidak terdapat di dalam tisu perantara areolar?
A. Adiposit.
B. Fibroblas.
C. Sel darah putih.
D. Sel darah merah.
6. Pada tulang orang dewasa, plet efifisis digantikan dengan _______________.
A. osteon
B. periosteum
C. endosteum
D. garis epifisis
7. Apakah jenis tisu yang melitupi semua permukaan tubuh?
A. Tisu otot
B. Tisu saraf
C. Tisu epitelium
D. Tisu perantara
8. Ciri yang manakah di antara berikut menunjukan yang sesuatu objek sedang mengalami pecutan?
A. Berubah arah gerakan.
B. Gerakan bertambah laju.
C. Gerakan menjadi perlahan.
D. Semua di atas.
9. Apakah peranan serat di dalam matriks ekstrasel?
A. Menyatukan sel-sel tubuh.
B. Menguatkan dan menyokong tisu perantara.
C. Menyokong serta melindungi organ dalaman tubuh.
D. Menentukan bagaimana tisu terbentuk dan berkembang.
10. Pada kedudukan anatomi, tapak tangan menghadap ke ___________.
A. atas
B. hadapan
C. belakang
D. sisi tubuh
11. Kuantiti yang manakah di antara berikut kuantiti vektor?
A. Jisim.
B. Suhu.
C. Masa.
D. Halaju.#DAYA
12. Apakah jenis rawan yang melitupi permukaan tulang yang membentuk sendi?
A. Hialin
B. Elastik
C. Artikular
D. Berserat
13. Sistem yang manakah di antara berikut terlibat dalam pergerakan?
A. Sistem rangka.
B. Sistem respiratori.
C. Sistem pencernaan.
D. Sistem kardiovaskular.
14. Pernyatan yang manakah di antara berikut tidak benar mengenai tisu otot rangka?
A. Tisu otot rangka mempunyai banyak nukleus.
B. Tisu otot rangka mempunyai banyak cabang.
C. Tisu otot rangka mempunyai banyak mitokondria.
D. Susunan aktin dan myosin menghasilkan jalur pada tisu otot rangka.
15. Apakah jenis daya yang dikenakan pada buku yang diletakkan di atas meja tersebut
Untuk menyokong berat buku tersebut?
A. Daya graviti
B. Daya normal
C. Daya kenaan
D. Daya tegangan
16. Osteologi adalah kajian mengenai _________________.
A. otot
B. saraf
C. tulang
D. jantung
17. Serat otot jenis yang manakah di antara berikut mempunyai daya penguncupan yang terbesar?
A. Jenis I
B. Jenis Ia
C. Jenis IIa
D. Jenis IIb
18. Mulut terletak ____________terhadap dagu.
A. lateral
B. inferior
C. superior
D. proksimal
19. Daya geseran ___________________ gerakan sesuatu objek.
A. menentang
B. menambah
C. menstabilkan
D. mengekalkan
20. Sirkumduksi boleh dilakukan di sendi ____________________.
A. gesel
B. kondil
C. pelana
D. engsel
21. Tisu adiposa adalah tisu perantara ____________.
A. elastik
B. kendur
C. padat teratur
D. padat tidak teratur
22. Lakuan yang manakah di antara berikut mengaplikasikan Hukum Newton Kedua(pecutan)?
A. Melantun bola ke lantai.
B. Menendang bola dari titik penalti.
C. Membuat hantaran aras dada kepada rakan.
D. Menggunakan dua pemain untuk menjatuhkan pemain lawan yang lebih besar dalam
permainan ragbi.
23. Molekul yang manakah di antara berikut menyimpan tenaga untuk membina kembali
molekul tambahan ATP?
A. miosin
B. troponin
C. mioglobin
D. tropomiosin
24. Telinga terletak __________ terhadap mata.
A. distal
B. lateral
C. posterior
D. proksimal
25. Berapakah sesaran yang dilalui oleh atlet yang berlari 400 meter pada balapan 200 meter?
A. 100 meter
B. 200 meter
C. 400 meter
D. 800 meter
26. Otot _________________ bertindak bersama agonis untuk mengurangkan pergerakan yang
tidak diperlukan.
A. sinergis
B. penetap
C. antagonis
D. penggerak utama
27. Satah___________ membahagi tubuh kepada bahagian atas dan bawah.
A. sagital
B. frontal
C. transversal
D. sagital tengah
28. Penguncupan otot berlaku hasil daripada interaksi di antara aktin dan _____ dalam tisu otot.
A. miosin
B. neuron
C. nukleus
D. tisu perantara
29. Fungsi yang manakah di antara berikut bukan fungsi tisu epithelium?
A. Membentuk kelenjar.
B. Melitupi permukaan tubuh.
C. Melindungi dan menyokong tubuh.
D. Melapisi rongga tubuh, organ lompang dan duktus.
30. Tisu yang manakah di antara berikut berperanan untuk mengesan perubahan dalaman dan
luaran tubuh?
A. Tisu otot.
B. Tisu saraf.
C. Tisu adiposa.
D. Tisu perantara.
31. Daya adalah suatu kuantiti vektor kerana daya ___________________.
A. menukar arah gerakan objek
B. mempunyai magnitud dan arah
C. boleh menghentikan gerakan objek.
D. membolehkan kita untuk memulakan pergerakan
32. Ciri yang manakah di antara berikut bukan ciri matriks ekstrasel?
A. Gel.
B. Pepejal.
C. Bendalir.
D. Gabungan pepejal bersama serat protein.
33. Struktur yang manakah di antara berikut mengandungi tisu perantara padat teratur?
A. Otot.
B. Tulang.
C. Tendon.
D. Rawan berserat.
34. Telinga mengandungi rawan______________.
A. hialin
B. elastik
C. berserat
D. artikular
35. Penyataan yang manakah di antara berikut tidak benar bagi objek yang mempunyai kelajuan bukan sifar dan pecutan sifar?
A. Objek bergerak dalam garisan lurus.
B. Objek berkeadaan pegun.
C. Objek bergerak pada kelajuan sekata.
D. Objek berada dalam keadaan bergerak.
36. Rawan lambat untuk dibaik pulih selepas mengalami kecederaan kerana ___________
A. mempunyai lemak
B. mempunyai neuroglia
C. tidak mempunyai salur darah
D. mempunyai salur darah yang sempit
37. Apakah bahan kimia yang meransang perubahan kedudukan kompleks troponintropomiosin untuk membolehkan kepala miosin melekat pada tapak aktif di aktin?
A. ATP
B. aktin
C. kalsium
D. asetilkolin
38. Struktur yang manakah di antara berikut merembeskan bendalir sinovia?
A. Membran serosa.
B. Membran mukus.
C. Membran sinovium.
D. Membran kutaneus.
39. Ilmu statik mengkaji objek yang ____________________________.
A. berkeadaan rehat
B. berkeadaan tegar
C. mengalami pecutan
D. boleh berubah bentuk
40. Penguncupan otot dicetuskan oleh impuls yang dibawa oleh ________________.
A. neuroglia
B. neuron motor
C. neuron aferen
D. neuron sensori
41. Girdel pelvis terdiri daripada ___________________________.
A. tulang koksa
B. skapula dan klavikel
C. humerus dan skapula
D. tulang rusuk, sternum dan klavikel
42. Apakah kesan tindakan daya ke atas sesuatu objek?
A. Mengubah arah.
B. Mengubah pergerakan.
C. Mengubah binaan geometri.
D. Semua jawapan di atas.
43. Yang manakah di antara berikut terdapat pada plet epifisis?
A. Kondrosit.
B. Trabekula.
C. Osteoklas.
D. Endosteum
44. Apakah peranan bursa pada sendi sinovial?
A. Menyingkirkan sisa metabolik.
B. Merembeskan bendalir sinovial.
C. Membekalkan nutrien kepada kondrosit.
D. Mengurangkan geseran di antara tulang-tulang sendi.
45. Sel yang membina tulang adalah _________________.
A. osteosit
B. osteoblas
C. osteoklas
D. osteogenik
46. Ciri yang manakah di antara berikut terdapat pada tulang spongiosa?
A. Mengandungi lakuna.
B. Mengandungi osteon.
C. Mempunyai system Havers.
D. Mempunyai tulang trabekula.
47. Gerakan linear hanya dianalisis berdasarkan_____________________ sahaja.
A. arah
B. vektor
C. magnitud
D. arah dan magnitud
48. Tulang rangka bersifat fleksibel kerana mempunyai __________________.
A. fosfat
B. kalsium
C. kolagen
D. Vitamin D
49. Sistem rangka berperanan untuk ____________________.
A. menghasilkan sel darah
B. membantu dalam menghasilkan pergerakan
C. melindungi organ dalaman tubuh daripada kecederaan
D. semua jawapan di atas
50. Tulang yang manakah di antara berikut dikategorikan sebagai tulang pendek?.
A. Karpal
B. Femur
C. Skapula
D. Vertebra toraks
51. Lakuan yang manakah di antara berikut mengaplikasikan prinsip daya-masa?
A. Menambah jarak melangkah semasa berlari di selekoh balapan.
B. Menarik tangan yang menangkap bola ke belakang untuk menyerap daya.
C. Memindahkan daya daripada anggota bawah ke trunkus dan seterusnya ke lengan,
tangan dan bola yang dibaling.
D. Menggunakan posisi yang kurang stabil semasa bersedia untuk berlepas daripada blok
permulaan dalam lari pecut.
52. Apakah serat otot yang digunakan secara dominan dalam aktiviti bercorak anerobik singkat?
A. Jenis I.
B. Glikolitik pantas.
C. Oksidatif perlahan.
D. Oksidatif-glikotik pantas.
53. Tulang yang manakah di antara berikut terbentuk menerusi osifikasi intramembranus?
A. Femur
B. Radius
C. Mandibel
D. Metatarsal
54. Daya yang manakah di antara berikut bukan daya sentuhan?
A. Daya elastik.
B. Daya kenaan.
C. Daya geseran.
D. Daya magnetik.
55. Menggelengkan kepala adalah pergerakan jenis __________________.
A. fleksi
B. retraksi
C. putaran
D. abduksi
56. Pergerakan yang manakah di antara berikut bukan berupa pergerakan angular?
A. Fleksi.
B. Elevasi.
C. Abduksi.
D. Ekstensi.
57. Pergerakan yang manakah di antara berikut tidak boleh dilakukan pada mandibel?
A. Eversi.
B. Elevasi.
C. Depresi.
D. Protraksi
58. Fungsi yang manakah di antara berikut bukan fungsi bendalir sinovial?
A. Melincirkan sendi.
B. Menguatkan sendi.
C. Menyingkirkan bahan sisa metabolik.
D. Mengurangkan geseran di antara tulang.
59. Apakah yang akan berlaku sekiranya ATP tiada selepas sarkomer mula memendek?
A. Troponin akan terikat pada kepala miosin.
B. Penguncupan berlangsung secara normal.
C. Kepala miosin tidak dapat berpisah daripada aktin
D. Aktin dan miosin akan terpisah dan kekal dalam kedudukan ini
60. Permukaan tulang-tulang sendi ini dilitupi rawan ________________________.
A. tulang
B. elastik
C. artikular
D. berserat
61. Sendi jenis yang manakah di antara berikut mempunyai tisu perantara berserat tetapi tiada
rongga sinovial?
A. Simfisis.
B. Sinovial.
C. Berserat.
D. Sinkondrosis.
62. Ciri yang manakah di antara berikut bukan ciri otot?
A. Kefleksibelan.
B. Kebolehujaan.
C. Kebolehkuncupan.
D. Kebolehpanjangan.
63. Penyataan yang manakah di antara berikut tidak benar bagi objek yang mempunyai
kelajuan sifar dan pecutan bukan sifar?
A. Objek berkeadaan pegun.
B. Objek berkeadaan berputar.
C. Arah gerakan objek berubah
D. Gerakan objek bertambah laju
64. Sendi bahu adalah sendi jenis _____________________.
A. engsel
B. pangsi
C. lesung
D. kompaun
65. Perbuatan menguap adalah pergerakan jenis ______________.
A. depresi
B. pronasi
C. retraksi
D. pendorsifleksan
66. Tisu perantara paling luar yang melitupi otot rangka adalah ____________________.
A. Epimisium
B. Perimisium
C. Endomisium
D. Retikulum sarkoplasma
67. Otot rangka menghasilkan pergerakan dengan menarik _______________ yang melekat
pada tulang.
A. saraf
B. tendon
C. ligamen
D. rawan artikular
68. Apakah aspek yang dikaji dalam bidang kinetik?
A. Gerakan objek.
B. Sifat objek pegun.
C. Penyebab bagi gerakan.
D. Sumber tenaga bagi gerakan.
69. Apakah sistem tubuh yang berperanan menghasilkan pergerakan tubuh dalam ruang?
A. Sistem respiratori.
B. Sistem pencernaan.
C. Sistem kardiovaskular.
D. Sistem muskuloskeletal.
70. Julat gerakan pasif sendi dipengaruhi oleh ____________________.
A. panjang tulang
B. jenis serat otot
C. jenis pergerakan
D. bentuk permukaan berartikulasi
71. Apakah gerakan yang berlawanan dengan pecutan?
A. Pecutan sifar.
B. Nyah pecutan.
C. Memperlahankan gerakan.
D. Bergerak dengan halaju malar dalam garisan lurus.
72. Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan berkordinasi?
A. Organisasi di antara tindakan serentak dan berturutan.
B. Urutan dan pemasaan tindakan otot dan gerakan tembereng.
C. Penambah julat gerakan pada sendi semasa melakukan pergerakan.
D. Mengawal kedudukan tubuh secara relatif kepada tapak sokongan.
73. Julat fleksi sendi lutut adalah di sekitar _______________.
A. 45°
B. 90°
C. 120°
D. 140°
74. Jumlah pemendekkan yang boleh berlaku pada serat otot____________________.
A. titik selitan otot pada tulang
B. yang tersusun secara selari
C. dipengaruhi jenis serat otot dalam sarkomer
D. di sekitar 50% hingga 60% daripada panjangnya
75. Apakah kelebihan otot yang mempunyai lengan momen yang pendek?
A. Pergerakan bersudut lebih besar.
B. Pergerakan bersudut lebih kecil.
C. Daya yang dihasilkan lebih besar.
D. Daya yang dihasilkan tidak berubah.
76. Serat otot jenis yang manakah di antara berikut paling akhir direkrut apabila daya rintangan besar?
A. Jenis I
B. Jenis Ia
C. Jenis IIa
D. Jenis IIb
77. Tuas adalah struktur tegar yang dapat memindahkan daya dengan berpusing di fulkrum. Pada tubuh, struktur apakah yan berperanan sebagai fulcrum?
A. Otot
B. Sendi
C. Tulang
D. Ligamen
78. Jalur I pada sarkomer terdiri daripada______________.
A. filamen aktin.
B. filamen miosin
C. filamen aktin dan miosin
D. hujung pelekatan filament miosin.
79. Otot-otot __________________ membantu otot penggerak utama atau agonis untuk menghasilkan pergerakan yang lebih berkesan.
A. fleksor
B. sinergis
C. penetap
D. antagonis
80. Tulang yang manakah antara berikut sebahgian daripada rangka aksial?
A. Radius.
B. Femur.
C. Klavikel.
D. Sternum.
Soalan 81-90: Namakan otot bagi setiap tindakan yang dinyatakan
No. | Tindakan | Otot |
81 | Aduksi dan rotasi medial lengan di sendi bahu | Pektoralis major
|
82 | Fleksi lengan di sendi bahu. | Biseps brakii |
83 | Fleksi tangan di sendi pergelangan tanga | Fleksor digitorum superfisialis |
84 | Membantu mengunci lutut semasa ekstensi bahagian kaki bawah. | Gluteus maksimus |
85 | Pendorsifleksan dan inversi kaki. | Tibialis anterior |
86 | Fleksi plantar kaki, fleksi bahagian kaki bawah di sendi lutut | Gastroknemius |
87 | Meninggikan skapula | Trapezius |
88 | Menarik lengan ke bawah dan ke belakang. | Latisimus dorsi |
89 | Supinasi lengan bawah | Biseps brakii |
90 | Abduksi, fleksi, ekstensi dan rotasi lengan di sendi bahu. | Deltoid |
91-100: Namakan tulang yang ditunjukkan